Berkumpul sambut hari jadi rakan, lapan individu dikompaun - Utusan Malaysia

Berkumpul sambut hari jadi rakan, lapan individu dikompaun

INDIVIDU yang ditahan kerana ingkar SOP PKP dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Cempaka di Ipoh. - UTUSAN/IHSAN JAIPk
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Gara-gara berkumpul untuk meraikan sambutan hari lahir dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, lapan individu termasuk dua wanita ditahan polis di sebuah rumah di Taman Cempaka di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 2.15 pagi itu, kesemua individu berusia 18 hingga 20 tahun itu turut dikenakan kompaun RM4,000 setiap seorang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, serbuan di rumah sewa berkenaan dijalankan bersama agensi penguat kuasa lain setelah menerima maklumat awam.

Katanya, tangkapan ke atas semua individu itu dibuat mengikut Seksyen 21(A) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) pindaan 2021 kerana berkumpul tanpa tujuan.

“Semasa pihak berkuasa sampai di lokasi serbuan, didapati kesemua mereka berada di dalam rumah berkenaan dan memaklumkan mahu menyambut hari lahir rakan.

“Susulan itu, pasukan task force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mengeluarkan kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP,” katanya.

Dalam pada itu, JAIPk menerusi laman Facebooknya memaklumkan kesemua individu berkenaan ditahan atas kesalahan berkhalwat.

Menurut JAIPk, kesemua mereka didapati tiada hubungan mahram antara satu sama lain.

Mereka ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 54 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya