fbpx

Bekalan sayur dari Cameron Highlands beroperasi seperti biasa

DUA pekerja memungut hasil tanaman di sebuah kebun sayur organik di Cameron Highlands, Pahang. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengambil langkah segera untuk memastikan pengurusan tanaman ladang serta proses membawa keluar hasil pertanian dari Cameron Highlands dapat berjalan seperti biasa.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum hanya 30 hingga 40 peratus bekalan sayur Cameron Highlands datang daripada ladang-ladang di Kampung Raja yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Kenyataan itu menjelaskan, peratusan itu tidak akan menjejaskan rantaian bekalan sayur di pasaran secara keseluruhan memandangkan semua kawasan tanaman sayur selain Kampung Raja di Cameron Highlands beroperasi seperti biasa.

Katanya, pada masa sama, ladang sayur di kawasan Lojing dibenarkan beroperasi sepenuhnya tanpa isu pengangkutan dan pengedaran.

“Polis Diraja Malaysia juga telah memaklumkan pergerakan lori-lori untuk membawa keluar sayur dari Cameron Highlands adalah dibenarkan,” katanya.

Terdahulu, kementerian itu memaklumkan pihaknya mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Persatuan Peladang Sayur Cameron Highlands, wakil pemborong, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Pejabat Daerah Cameron Highlands, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan beberapa agensi kerajaan lain.


Kementerian itu berkata, kerajaan turut mengusulkan suntikan vaksin kepada peladang dan pekerja-pekerjanya dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan pengurusan tanaman ladang.

Katanya, pemantauan ke atas bekalan dan harga sayur-sayuran di pasaran seluruh negara akan terus dilaksanakan.

“Penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 akan dikenakan jika terdapat mana-mana pihak yang sengaja mengambil keuntungan secara tidak munasabah atau mencatut,” katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI