Apa sudah jadi dengan Akta Profesion Guaman Syarie 2019, soal Mujahid - Utusan Malaysia

Apa sudah jadi dengan Akta Profesion Guaman Syarie 2019, soal Mujahid

MUJAHID YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mempersoalkan apakah perkembangan Akta Profesion Guaman Syarie 2019 yang diwartakan dua tahun lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, pewartaan akta itu adalah salah satu pencapaian di bawah Kerajaan Pakatan Harapan setelah dinantikan sekian lama.

Namun, katanya, menteri di bawah kerajaan sekarang tidak melakukan susulan terhadap perkara itu.

“Salah satu daripada banyak pencapaian kami ialah Akta Profesion Guaman Syarie (2019) yang dinantikan sekian lama. Malangnya menteri sekarang tidak ‘follow up’’ sepenuhnya perincian yang diperlukan setelah dua tahun diwartakan. Apa dah jadi?,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.

Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 diluluskan Dewan Rakyat pada Julai 2019 yang bertujuan antara lain bagi menubuhkan Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie untuk mengawal selia amalan profesion guaman syarie di Wilayah Persekutuan.

Melalui rang undang-undang itu, bakal peguam syarie akan diwajibkan menjalani latihan dalam kamar selama enam bulan yang dianggap sebagai satu tempoh mencukupi bagi membiasakan diri mereka dengan perundangan substantif dan tatacara yang perlu dipatuhi dalam pengendalian satu-satu kes.

Rang Undang-undang ini juga dilapor membolehkan Majlis Peguam Negara menubuhkan unit bantuan guaman khas Mahkamah Syariah sepertimana diwujudkan di Mahkamah Sivil di samping menubuhkan lembaga tatatertib bagi mengawal selia dan menjaga kebajikan peguam syarie.

Walaupun rang undang-undang itu hanya terpakai dalam Wilayah Persekutuan sahaja, Mujahid ketika itu berharap ia dapat menjadi satu penanda aras dan model untuk dicontohi negeri-negeri lain dalam meningkatkan profesionalisme peguam syarie. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya