Ada PKP tetapi kes Covid-19 tetap tinggi, kata Anwar - Utusan Malaysia

Ada PKP tetapi kes Covid-19 tetap tinggi, kata Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal  keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu.

Presiden PKR itu berkata, walaupun sudah lebih dua minggu dilaksanakan, kes positif Covid-19 di negara ini tetap menunjukkan angka tinggi.

“PKP atau lockdown itu ada munasabahnya tetapi ia harus bermula dengan vaksin dan kegagalan paling besar ketika ini adalah penyediaan vaksin secukupnya.

“Kita lihat kes positif terus meningkat walaupun ada PKP, yang sangat membimbangkan kes kematian bertambah. Hal-hal ini kita yakinkan rakyat perlunya vaksin dan gagalnya kerajaan untuk membawa vaksin pada kadar yang cukup,” katanya dalam ucapan dasar Kongres Nasional PKR Ke-15 di sini, hari ini.

Anwar yang juga ketua pembangkang bimbang jika PKP berterusan, akan memberi kesan besar kepada ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat.

“Bila kita cuai dalam vaksin, lambat bertindak, agak ke belakang berbanding di Asean sendiri, maka ia melibatkan kos terlalu tinggi dan memerlukan suntikan (dana). Bila kita ada PKP orang tak boleh kerja, kemudian bantuan itu sedikit, itu yang orang lebih melarat hidupnya.

“Pimpinan (kerajaan) ini sudah tercabut, sudah terpisah dari masalah dan derita rakyat. Kita kena faham ekonomi, tapi kalau tanya menteri, dia kata pelaburan masih baik dan meyakinkan, ekonomi terkawal dan rakyat selesa. Ini macam cerita purba kala kerana mereka hidup selesa, elaun tinggi, kerja kurang jadi mereka tidak dapat memahami dan menghayati masalah rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya