7,105 kes positif, 71 kematian, 27 kluster dicatat hari ini

7,105 kes positif, 71 kematian, 27 kluster

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia kembali mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 7,105 kes selepas semalam merekodkan sebanyak 6,824 kes.

Ia sekali gus mengatasi 6,083 kes sembuh manakala Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,068 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 71 kematian dan 27 kluster manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 80,474 kes berbanding semalam, 79,523 kes.

Katanya, sebanyak 872 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 419 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selepas Selangor, Kuala Lumpur mencatatkan kes positif kedua tertinggi iaitu 817 kes, Sarawak (703), Kelantan (531), Johor (431), Pulau Pinang (400), Negeri Sembilan (397), Perak (387), Sabah (318), Melaka (249), Kedah (236), Terengganu (198), Pahang (190), Labuan (162)

“Hanya satu wilayah merekod kes dua angka iaitu Putrajaya, 18 kes manakala Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN