51,000 pekerja sektor pengangkutan terima vaksin - Utusan Malaysia

51,000 pekerja sektor pengangkutan terima vaksin

PETUGAS pelabuhan menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sektor Maritim di Dewan Kompleks Sukan Pelabuhan Klang. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 51,000 pekerja sektor pengangkutan membabitkan laut, darat dan udara dijadual menerima vaksin Covid-19 secara berfasa bermula hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, sebagai permulaan, program itu membabitkan 10,000 pelaut dan petugas pelabuhan menerusi pusat pemberian vaksin (PPV) swasta di bawah kendalian Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Katanya, sebanyak 1,000 petugas sehari dijangka menerima vaksin di PPV berkenaan mengikut kapasiti.

“Kos pengurusan dan penyediaan PPV akan ditanggung syarikat pengangkutan manakala LPK bertindak sebagai penyelia bagi petugas pelabuhan. Sementara itu, Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) melalui Jabatan Laut Malaysia (JLM) menyelia bagi pelaut.

“Program seperti dijangka memberi manfaat kepada 18,596 orang atau 53 peratus penyelia dan petugas pelabuhan di wilayah tengah yang layak menerima vaksin bagi fasa pertama ini,” katanya ketika meninjau PPV Sektor Maritim di Pelabuhan Klang hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya