21 kaki judi 'yoke' diberkas dalam rumah kedai - Utusan Malaysia

21 kaki judi ‘yoke’ diberkas dalam rumah kedai

SEBAHAGIAN daripada 21 individu yang ditahan ketika sedang leka bermain judi di sebuah rumah kedai di Gat Lebuh Macallum, Georgetown, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sekumpulan 21 kaki judi jenis ‘yoke’ yang sedang asyik mempertaruhkan wang ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 di sebuah rumah kedai di Gat Lebuh Macallum di sini diserbu polis petang semalam.

Mereka yang terdiri daripada 19 lelaki dan dua wanita tempatan masing-masing berusia 30 hingga 64 tahun diberkas sepasukan polis dari Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut kira-kira pukul 5.30 petang.

Semasa serbuan, kesemua kaki judi itu tidak sempat melarikan diri disebabkan kawasan berkenaan terlebih dahulu dikepung pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil pemeriksaan mendapati seramai 20 tangkapan mempunyai rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah.

Menurutnya, turut dirampas wang tunai bernilai RM4,000 disyaki hasil pertaruhan dalam aktiviti tersebut.

“Dalam operasi itu, pemilik premis berusia 54 tahun dikenakan kompaun berjumlah RM20,000 atas kesalahan di bawah Peraturan 10(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 3) 2021.

“Siasatan ke atas pemilik premis dijalankan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 selepas disyaki menganjurkan aktiviti perjudian terbabit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau memberitahu, tangkapan yang lain masing-masing turut dikenakan kompaun RM4,000 dan ditahan reman selama dua hari sehingga esok.

Jelasnya, siasat akan dijalankan mengikut Seksyen 6(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana disyaki bermain judi di dalam bangunan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN