10 dikompaun RM23,500 lepas gian main snuker - Utusan Malaysia

10 dikompaun RM23,500 lepas gian main snuker

ANTARA pengunjung pusat snuker yang ditahan polis dalam Op Pematuhan Covid-19 di pusat permainan itu di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seramai 10 lelaki yang melepas gian bermain snuker dikompaun RM23,500 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah pusat snuker di kawasan Taman Bukit Indah, di sini malam tadi.

Dalam serbuan Op Noda pusat snuker pada pukul 10.15 malam itu, seramai 10 lelaki warga tempatan berusia 18 hingga 40 tahun ditahan ketika sedang leka bermain snuker.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pemeriksaan dibuat ke atas pusat snuker tersebut yang disyaki menjalankan perniagaan tanpa lesen dalam tempoh PKP.

“Dalam Op Pematuhan Covid-19, kesemua yang ditahan termasuk seorang juruwang premis itu sedang leka bermain snuker.

“Individu yang ditahan turut tidak memakai pelitup muka dan tidak membuat penjarakan fizikal sekali gus melakukan kesalahan di bawah Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan 2021).

“Oleh itu, sembilan pengunjung itu dikenakan kompaun sejumlah RM1,500 setiap seorang manakala penyelia premis dikompaun sebanyak RM10,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pusat snuker itu baru dua bulan beroperasi sejak April lalu.

Katanya, hasil semakan rekod ke atas semua yang ditahan mendapati dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas 44 buah bola snuker, kayu permainan itu, choke, kunci kawalan jauh dan wang tunai sebanyak RM275.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(2) Enakmen Negeri Johor dan Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya