Walaupun dilarang, 1.2 juta warga Jakarta tetap balik kampung -

Walaupun dilarang, 1.2 juta warga Jakarta tetap balik kampung

Polis memeriksa kenderaan yang keluar dari Jakarta. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 1.2 juta warga di ibukota nasional Jakarta telah meninggalkan kota itu untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman mereka walaupun pemerintah melarang perjalanan ekoran pendemik Covid-19, kata Ketua Polis Jakarta.

“Jumlah orang yang meninggalkan Jakarta sekitar 1,2 juta,” kata Ketua Polis Jakarta, Fadil Imran.

Pihak berkuasa telah melakukan sekatan jalan raya di jalan tol serta penangguhan pengangkutan udara, laut dan kereta api dari 6 Mei hingga 17 Mei dengan hanya penjawat awam, polis dan pegawai tentera, dan mereka yang perlu melakukan perjalanan untuk pekerjaan yang dikecualikan.

Lebih dari 70,000 kenderaan dengan penumpangnya yang dalam perjalanan pulang dilaporkan telah diarah berpatah balik ketika larangan keluar, yang dikenali sebagai mudik.

Namun ada juga dilaporkan berjaya menyelinap melewati pusat pemeriksaan yang oleh pihak berkuasa.

Polis Jakarta telah bekerjasama pihak berkuasa lain yang berkaitan.

Ujian Covid-19 di semua pusat pemeriksaan akan dipergiatkan, menurut ketua polis bandar.

Umat Islam di Indonesia iaitu negara Muslim terbesar akan menyambut Hari Raya pada 13 Mei.

Angka rasmi menunjukkan bahawa Indonesia telah mencatat lebih daripada 1.7 juta kes Covid-19 dengan lebih dari 47,000 kematian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya