Vaksin: Tanda penghargaan kerajaan PN kepada wartawan -

Vaksin: Tanda penghargaan kerajaan PN kepada wartawan

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proses memberikan vaksin kepada wartawan akan dapat diselesaikan dengan seberapa cepat yang boleh supaya pengamal media dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih yakin.

Ketua Penerangan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, ia juga sebagai tanda penghargaan kerajaan Perikatan Nasional kepada para wartawan dan sempena Hari Wartawan Nasional,

“Syabas kepada (Menteri Sains Teknologi dan Inovasi) Khairy Jamaluddin yang mengumumkan beberapa hari lepas bahawa beliau telah menerima nama hampir 6,000 orang pengamal media yang akan dimasukkan dalam senarai penerima vaksin dalam masa terdekat.

” Ini menunjukkan keprihatinan YB Khairy dan kerajaan Perikatan Nasional terhadap kebajikan pengamal media yang setiap hari memainkan peranan penting memastikan rakyat mendapat maklumat tepat.

“Jasa wartawan dalam menyampaikan informasi terkini kepada rakyat memang tidak dapat dinafikan. Tanpa wartawan, mustahil berita-berita dan maklumat penting akan dapat disebarluaskan ke seluruh negara dengan cepat dan pantas, termasuklah berita-berita mengenai wabak yang sedang melanda,” kata dalam satu kenyataan..

Katanya, ramai wartawan meredah pandemik demi mendapat berita yang betul untuk dilaporkan.

Maka kata beliau, memang amat wajarlah pengiktirafan dan penghargaan diberikan kepada pengamal media dengan cara meletakkan mereka sebagai ‘frontliners’ dan memberi keutamaan kepada mereka dalam mendapatkan vaksin.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN