Trump lancar platfom komunikasi online setelah sosial media kena sekat -

Trump lancar platfom komunikasi online setelah sosial media kena sekat

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump melancarkan platform dalam talian bertujuan untuk berkomunikasi secara langsung dengan penyokongnya, beberapa bulan selepas pelbagai akaun media sosialnya disekat atas  tuduhan dia menggunakannya  untuk menyebarkan berita palsu tentang pilihan raya.

Digelar “Dari Meja Donald J. Trump,” platform itu menyerupai Twitter, yang mana Trump turut disekat di Facebook kerana didakwa menyiarkan mesej berbaur hasutan selepas rusuhan Capitol pada 6 Januari lalu.

Laman web itu sekarang mengandungi apa yang kelihatannya seperti catatan yang diarkibkan sejak 24 Mac, dengan yang terbaru, bertarikh Selasa, termasuk video yang mengecam Twitter kerana menghalang Trump bersuara.

Platform itu merangkumi butang untuk penyokong menyukai atau berkongsi kandungannya di Facebook dan Twitter.

Penyokong juga boleh mengklik butang yang membolehkan mereka dimaklumkan jika Trump menghantar mesej.

Facebook dan Twitter sebelum ini menjadi dua medium utama bagi Trump dalam dua pilihan raya presiden iaitu pada 2016 dan 2020.

Sejak sekatan media sosial itu, cara Trump untuk berkomunikasi dengan para penyokong dan wartawannya terhad dan siaran akhbar dihantar melalui e-mel.

Lembaga Pengawasan Facebook dijadualkan pada hari Rabu untuk menentukan sama ada akan mengekalkan atau menarik balik sekatan terhadap Trump itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya