Tembak anjing sampai mati kerana 'curi' bola golf - Utusan Malaysia

Tembak anjing sampai mati kerana ‘curi’ bola golf

POLIS Puerto Rico menahan seoeang lelaki yang menembak mati seekor anjing kerana mencuri bola golf. - Foto Media Sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN JUAN, Puerto Rico: Seorang lelaki menembak seekor anjing hingga mati kerana mencuri bola di padang golf di sebuah resort terkenal.

Memetik laporan berita ABC, Polis Puerto Rico berkata, ekoran itu mereka menahan seorang lelaki itu yang dikenali sebagai Salil Zaveri.

Kejadian itu dikatakan berlaku Sabtu di Wyndham Grand Rio Mar Resort di bandar pesisir utara Río Grande.

Polis mengatakan dia menggunakan pistol 9mm untuk menembak anjing itu beberapa kali.

Zaveri dibebaskan dengan bon AS$60,000 tetapi pasport dan lesen pemandunya telah dirampas.

Zaveri adalah perunding penjualan dan pemasaran dan CEO Zaveri Consulting, LLC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.