Super Air Jet fokus golongan milenial - Utusan Malaysia

Super Air Jet fokus golongan milenial

GOLONGAN milenial yang obses terhadap teknologi dan mempunyai kecenderungan melancong yang tinggi menjadi fokus syarikat penerbangan pemula Indonesia, Super Air Jet. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Syarikat penerbangan tambang rendah Indonesia, Super Air Jet, berhasrat untuk memulakan penerbangan menggunakan model perniagaan yang tertumpu kepada golongan milenial.

Ketua Eksekutifnya, Ari Azhari berkata, model perniagaan itu akan berfokus kepada golongan tersebut yang obses dengan teknologi serta mempunyai kecenderungan untuk melancong.

Sumber industri memberitahu Reuters, syarikat penerbangan pemula itu mempunyai hubungan dengan kumpulan penerbangan terbesar Indonesia, Kumpulan Lion Air walaupun bentuk pemilikannya tidak diketahui.

Kata sumber tersebut, Ari Azhari pernah menjadi pengurus besar Lion Air kenyataan semasa pelancaran Super Air Jet disediakan oleh jurucakap Lion Air.

“Namun, jurucakap itu enggan menjawab pertanyaan mengenai hubungan syarikat itu dengan Lion Air,” katanya.

Sementara itu, Ari dalam satu kenyataan memberitahu, Super Air Jet kini dalam proses untuk mendapatkan lesen penerbangannya.

Jelasnya, syarikat itu akan memulakan penerbangan dengan pesawat Airbus DE 1320 yang mempunyai 180 tempat duduk, difokuskan untuk laluan domestik sebelum meluaskan operasi ke destinasi antarabangsa.

“Super Air Jet dibina atas dasar optimis terhadap peluang pasaran, terutamanya pasaran domestik Indonesia yang masih ada dan terbuka luas.

“Kini, terdapat permintaan yang tinggi dari masyarakat untuk penerbangan terutamanya daripada golongan milenial,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut tentang perbezaan syarikat itu dengan Lion Air yang juga merupakan syarikat penerbangan tambang rendah.

Lion Air yang dimilki secara swasta mempunyai satu portfolio jenama Indonesia termasuk syarikat penerbangan perkhidmatan penuh iaitu Batik Air dan syarikat penerbangan serantau, Wings Air.

Super Air Jet menjelaskan, penerbangan perdananya akan dijadualkan dalam masa terdekat.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia memberitahu, masih ada beberapa proses yang harus diselesaikan sebelum lesen dikeluarkan.

Namun, tidak jelas jika ia akan diselesaikan pada pertengahan tahun ini.

Penganalisis industri penerbangan bebas, Brendan Sobie berkata, Super Air Jet boleh memanfaatkan kadar sewa yang murah kerana pandemik Covid-19 telah menyukarkan pemajak untuk meletakkan pesawat apabila tempoh pajakan sudah tamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya