Seven West Media meterai perjanjian dengan Facebook, Google - Utusan Malaysia

Seven West Media meterai perjanjian dengan Facebook, Google

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Syarikat televisyen dan akhbar Australia, Seven West Media Ltd. menandatangani perjanjian kandungan dengan Facebook Inc. dan Google selepas undang-undang ketat media baharu membolehkan industri mendapatkan sumber pendapatan dan menyesuaikan diri dengan zaman internet.

Penerbitan harian metro utama Perth itu menyatakan, pihaknya akan menyediakan kandungan untuk platform News Showcase milik Alphabet Inc. selama lima tahun dan produk Facebook yang serupa untuk tempoh tiga tahun.

Walau bagaimanapun, syarat perjanjian tersebut tidak didedahkan.

Menerusi aturan itu, platform teknologi gergasi Amerika Syarikat (AS) itu kini komited untuk membayar dua daripada tiga saluran berita tradisional terbesar Australia untuk kandungannya.

Ia berlaku hanya dua bulan selepas dua syarikat tersebut bertegas ingin keluar dari negara itu disebabkan undang-undang yang memaksa mereka membayar pautan yang membawa trafik ke laman web mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Seven, James Warburton, kerjasama ini dicapai setelah Kod Rundingan Media diperkenalkn.

Ia merupakan undang-undang yang memberi kerajaan kuasa untuk campur tangan jika syarikat media domestik tidak dapat mencapai kesepakatan dengan penyedia internet gergasi.

“Mereka menyokong kelestarian kami dan membolehkan kami terus membina platform digital kami,” katanya.

News Corp milik Rupert Murdoch yang memiliki kira-kira dua per tiga akhbar Australia, menandatangani perjanjian global dengan platform tersebut dua bulan lalu.

Nine Entertainment Co. Holdings Ltd. yang bersaing dengan Seven dalam segmen siaran percuma dan menerbitkan akhbar Sydney Morning Herald serta Australian Financial Review memaklumkan, mereka telah menandatangani perjanjian dengan Google tetapi belum menyelesaikan perjanjian dengan Facebook.

Jurucakapnya bagaimanapun tidak mahu memberikan komen.

Banyak media Australia yang lebih kecil, termasuk Australian Broadcasting Corp. milik kerajaan, telah menandatangani perjanjian dengan Google atau mengatakan mereka terbuka untuk melakukan perjanjian dengan Facebook, yang menyekat semua kandungan pihak ketiga di Australia selama seminggu pada bulan Februari sebagai protes terhadap undang-undang tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya