SD mahu kukuhkan jenama, bantu jana pendapatan - Utusan Malaysia

SD mahu kukuhkan jenama, bantu jana pendapatan

ROZITA (tengah) menyasarkan untuk menjual sehingga 10,000 unit Megabox Glamour Fenomena dalam tempoh 10 hari bermula Jumaat lalu. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM – Syarikat pengeluar produk kosmetik, Secret Desire Skincare Sdn. Bhd. (SD) mengambil langkah berani apabila melancarkan satu set peralatan mekap secara besar-besaran walaupun ketika negara masih lagi dilanda pandemik Covid-19 ketika ini.

Dikenali sebagai Megabox Glamour Fenomena, produk tersebut kini dijual hampir separuh daripada harga asalnya di pasaran iaitu pada harga RM370 seunit untuk tempoh yang terhad.

Pengasas SD, Rozita Baharom berkata, pihaknya menyasarkan untuk menjual sehingga 10,000 unit produk berkenaan dalam tempoh 10 hari bermula sejak ia dilancarkan Jumaat lalu.

Menurut Rozita atau Che Ta, sehingga kini lebih 4,000 unit telah pun dijual melalui 2,000 ejen dan stokisnya di seluruh negara.

“Kami mahu memberi peluang kepada orang ramai khususnya suri rumah bagi membantu menjana pendapatan mereka bersama kami menerusi produk seperti ini,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran produk berkenaan, di sini, baru-baru ini.

Rozita memberitahu, ketika ini syarikatnya banyak memasarkan produk menerusi platform media sosial selain masih mengguna pakai sistem pemasaran secara manual.

“Insya-Allah, kita buat (pemasaran) ini secara berperingkat-peringkat tanpa perlu mengikut trend semasa.

“Sehingga kini pun, jenama SD telah dikenali hingga ke Brunei, Singapura dan Australia,” ujarnya yang berharap dapat mengukuhkan lagi jenama tersebut pada masa depan.

Tambah Rozita, pihaknya juga menyasarkan untuk menambah sehingga 50 lagi papan iklan termasuk di sekitar lebuh raya sepanjang tahun ini sebagai sebahagian daripada kaedah untuk mempromosikan jenama mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.