Remaja serang pusat jagaan kanak-kanak, empat maut - Utusan Malaysia

Remaja serang pusat jagaan kanak-kanak, empat maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh pada hari Selasa akibat diserang oleh seorang remaja di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Saudades, negeri Santa Catarina di Brazil, kata pihak berkuasa tempatan.

Setiausaha pendidikan Saudades, Gisela Herman berkata, antara yang terkorban adalah tiga orang kanak-kanak dan seorang guru.

Mereka ditikam dengan pisau oleh remaja lelaki berusia 14 tahun itu, yang kemudian berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa.

Pesuruhjaya daerah, Ricardo Casagrande mengesahkan pembunuhan itu, dengan menyatakan bahawa remaja itu memasuki pusat jagaan itu dengan membawa pisau.

Saudades adalah bandar kecil kira-kira 10,000 penduduk di Santa Catarina barat Brazil. – Xinhua

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya