Polis Gua Musang gali lubang tutup laluan tikus elak ceroboh

Polis gali lubang tutup laluan tikus elak kenderaan luar rentas sempadan 

SIK Choon Foo (kanan) memantau lorong tikus yang ditutup di Kampung Tanah Putih, Gua Musang, Kelantan hari ini. - FOTO/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Polis Gua Musang bertindak menggali lubang di lima lorong tikus dikenal pasti di sekitar Kampung Tanah Puteh, Gua Musang, Kelantan bagi menghalang kenderaan dari luar merentas masuk sempadan negeri ini.

Langkah itu dilakukan selepas kon dan penghadang simen yang diletak bagi menutup laluan sebelum ini telah dibuang dan dimusnahkan pihak yang cuba masuk ke Kelantan melalui Jalan Gua Musang-Kuala Lipis. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya terpaksa berbuat demikian kerana lorong tikus itu sering dijadikan laluan orang ramai yang mengelak diperiksa dalam sekatan jalan raya (SJR).

“Kita juga akan melakukan pemantauan dan rondaan secara kerap di kawasan itu.

“Kita bertindak tegas untuk mengekang penularan wabak Covid-19 dan menyekat pihak yang cuba melepasi daerah atau memasuki Kelantan melalui Gua Musang,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lorong tikus terbabit, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Gua Musang, Deputi Superintendan Azmi Mokhtar.

Dalam perkembangan berkaitan, aliran trafik memasuki Kelantan di sekatan jalan raya (SJR) Kilometer 7 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di Kampung Tanah Putih lengang kerana tiada lagi kenderaan dari luar cuba memasuki negeri ini.

Kata Choon Foo, ini berikutan pengguna jalan raya mula akur dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan esok di seluruh negara.

“Kita juga turut meningkatkan pemeriksaan kenderaan di sekatan itu dan di SJR Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Cameron Highlands bagi memastikan tiada kenderaan luar merentas negeri untuk pulang beraya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya