Pengurus artis ‘tahi hidung masin’ - Utusan Malaysia

Pengurus artis ‘tahi hidung masin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Banyak cerita kurang enak sampai ke telinga Cik Bunga mengenai pengurus artis ini. Orangnya sibuk mengurus kerjaya anak buah, tetapi dengarnya ada satu perangai yang membuat sesetengah rakan industri mula berbisik-bisik bab mengeluarkan duit, bukan main berkira!

Cerita yang sampai kepada Cik Bunga, dalam sebuah acara hiburan baru-baru ini, makanan untuk artis di bawah jagaannya pun tidak ada inisiatif untuk dibayarkan. Alahai, kalau makanan artis sendiri pun mahu tunggu orang lain hulurkan, bagaimana pula ceritanya kalau melibatkan perkara lain?

Dengarnya, ada pula cerita lain mengenai pengurus itu yang dikatakan kedekut apabila berurusan dengan rakan industri. Cik Bunga bukanlah mahu mengajar cara mengurus poket sendiri. Jangan kerana terlalu berkira, nama sendiri pula yang menjadi buah mulut.

Yang lebih Cik Bunga risau, kalau sudah kebiasaan, artis di bawahnya pun terkena tempias. Kasihan artis itu. Dia sedang cuba menapak, membina nama dalam industri yang memang bukan mudah.

Cik Bunga percaya, menjadi pengurus bukan sekadar pandai mengatur jadual, mendapatkan peluang atau mengurus karier artis. Pengurus juga bawa imej. Cara melayan orang, menghargai rakan sekerja dan menjaga hubungan sesama rakan industri juga jadi sebahagian daripada reputasi sendiri.

Jadi, kalau ada sikap yang kurang manis itu, ubah-ubahlah. Tak rugi pun sesekali bermurah hati dan menunjukkan sedikit timbang rasa. Tentang cerita lain yang sampai kepada Cik Bunga, banyak juga sebenarnya. Tetapi buat masa ini, Cik Bunga simpan dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×