KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan mengagihkan bantuan bernilai RM219,600 kepada 1,098 asnaf di Besut yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, M. Rozi Bidin berkata, pemberian bantuan kewangan bernilai RM200 itu diharap dapat meringankan beban golongan sasar dalam melalui situasi pandemik Covid-19.
Katanya, agihan wang akan dimasukkan secara terus ke akaun penerima mulai Ahad ini.
“Peruntukan khas ini diputuskan dalam mesyuarat khas dipengerusikan oleh Yang Dipertua Maidam, Datuk Osman Muda,” katanya hari ini.
Seluruh daerah Besut dikenakan PKPD hingga 4 Jun ini susulan peningkatan kes Covid-19 dengan kadar kebolehjangkitan tinggi dalam komuniti.m – UTUSAN ONLINE










