Perangi Covid-19 tanggungjawab semua - Khaled - Utusan Malaysia

Perangi Covid-19 tanggungjawab semua – Khaled

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan telah sedaya upaya melakukan segala usaha termampu mengikut kelebihan dan kekurangan yang ada bagi memerangi penularan wabak Covid-19.

Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sehubungan itu, tanggungjawab memerangi penularan wabak Covid-19 terletak di bahu semua rakyat di negara ini.

Katanya, semua pihak wajar mengikut nasihat Kementerian Kesihatan termasuk melaksanakan Perintah Kawalan Kendiri (PKP) kendiri secara bersungguh-sungguh.

“Kemudian daftar dan hadirlah untuk vaksinasi. Kita mesti yakin dengan sains dan kita mesti percaya kepada data penyelidikan.

“Sekarang kita mesti melakukan ikhtiar kita, dalam kudrat dan kemampuan kita untuk mengelakkan diri dari jangkitan dan akhirnya menjangkiti orang lain,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN