Perak belum muktamad pelaksanaan PKP penuh - Saarani

Perak belum muktamad pelaksanaan PKP penuh – MB

MESEJ yang tular Perak akan melaksanakan PKP penuh sepertimana PKP 1.0 berikutan kadar kebolehjangkitan virus yang tinggi. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak belum memuktamadkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, dalam mesyuarat sebelum ini telah dibincangkan kemungkinan untuk menguatkuasakan pelaksanaan PKP yang ketat, namun perkara itu belum diputuskan secara muktamad.

Menurutnya, apabila kita sudah ada keputusan nanti, kerajaan negeri akan keluarkan kenyataan. 

“Jadi sehingga itu, saya mohon orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan menularkan perkara yang tidak benar,” katanya pada sidang media secara maya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Menurut Saarani, kerajaan negeri sedang memperhalusi cadangan-cadangan dan keperluan yang boleh dilakukan untuk menangani penularan Covid-19 terutama di daerah yang merekodkan kes baharu yang tinggi.

Katanya, hari ini beliau akan pengerusikan satu lagi mesyuarat mengenai Covid-19 dan melihat apa yang kerajaan negeri boleh lakukan untuk tangani kes ini terutama di daerah Kinta, Hulu Perak dan Larut Matang Selama serta seluruh negeri.

“Saya harap rakyat bersabar dan menyokong apa juga keputusan dibuat kerajaan negeri nanti untuk kebaikan bersama,” katanya.

Sebelum ini, tular mesej dalam aplikasi WhatsApp menyatakan bahawa Perak akan melaksanakan PKP penuh sepertimana PKP 1.0 berikutan kadar kebolehjangkitan virus yang tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya