Maut SUV terjunam dalam sungai - Utusan Malaysia

Maut SUV terjunam dalam sungai

KEADAAN SUV yang terjunam ke dalam sungai selepas terbabas dan melanggar penghadang Jambatan Sungai Durian di Kilometer 65.2 Kota Bharu - Gua Musang, Kuala Krai hari ini. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang lelaki maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam Sungai Durian di Kilometer 65.2, Jalan Kota Bharu-Gua Musang di sini, hari ini.

Dalam nahas kira-kira pukul 12.15 tengah hari, mangsa, P. Kamarudeen, 60, meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Suzaimi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu SUV jenis Nissan X-Trail dalam perjalanan dari Laloh menuju ke rumah di Taman Seri Wali, Bukit Sireh.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum merempuh jambatan Sungai Durian dan terus terjunam ke dalam sungai.

“Mangsa dikeluarkan penduduk kampung yang membawanya ke tebing sungai namun disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Suzaimi, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk bedah siasat manakala kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN