Masih ramai pelanggan tidak guna MySejahtera - KPDNHEP

Masih ramai pelanggan tidak guna MySejahtera

HASNOL ZAM ZAM AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati masih ramai lagi pelanggan yang menggunakan buku rekod berbanding penggunaan aplikasi MySejahtera apabila memasuki premis perniagaan. 

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, keadaan itu juga secara tidak langsung menimbulkan keraguan dalam kalangan pemilik premis berikutan maklumat penilaian risiko pelanggan diperlukan sebelum mereka dibenarkan masuk. 

“Pemilik premis juga ada kebimbangan jika pelanggan terbabit tidak menggunakan MySejahtera, ia memberikan kesan kepada pelanggan lain dan pekerja mereka.

“Atas faktor inilah saya dapat lihat ada sesetengah premis perniagaan yang tidak membenarkan pelanggan masuk seandainya tidak menggunakan MySejahtera,” katanya pada sidang akhbar Operasi Had 2 Jam (OPS HAD2J) secara maya menerusi Facebook KPDNHEP hari ini.

Hasnol Zam Zam berkata, sebanyak 42 kompleks perniagaan di seluruh negara diperiksa menerusi Ops Had 2J yang dilancarkan semalam.

Katanya, seramai 3,190 orang pengunjung juga diperiksa melalui aplikasi MySejahtera masing-masing untuk menentukan mereka tidak berada melebihi 2 jam maksimum yang ditetapkan.

“Kementerian turut memeriksa 2,541 premis bagi tujuan pematuhan SOP Akta 342 dan dua kompaun telah dikeluarkan kepada peniaga dan pelanggan kerana gagal menyediakan serta menggunakan MySejahtera atau buku rekod pendaftaran kemasukan.

“Premis perniagaan dikompaun RM10,000 manakala pelanggan pula dikompaun RM1,500 menjadikan nilai kompaun tersebut RM11,500,” katanya.

Beliau berkata, penguatkuasaan op itu akan diteruskan termasuk ke premis-premis lain seperti pasar malam, pasar tani, pasar basah, premis-premis runcit, kedai serbaneka untuk memastikan pematuhan sepenuhnya.

Tambahnya, kementerian turut memantau 10 jenis barang keperluan asas menerusi op berkenaan.

Jelasnya, pemantauan dibuat pada peringkat peruncit membabitkan 498 buah, pemborong (158) dan pengilang (31).

“Barang-barang tersebut ialah gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, susu tepung, ayam, sayuran, telur dan bawang.

“Hasil pemeriksaan didapati keberadaan bekalan barang adalah melebihi 98 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya