Langgar SOP: Lima dari 18 kertas siasatan babitkan VIP, artis - Utusan Malaysia

Langgar SOP: Lima dari 18 kertas siasatan babitkan VIP, artis

MOHD. SUKRI KAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis mendedahkan membuka lima kertas siasatan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 membabitkan golongan kenamaan (VIP) termasuk ahli politik dan artis di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, kesemua siasatan itu dijalankan mengikut peraturan-peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Sejak awal Januari lalu sehingga bulan ini, pasukan polis telah membuka 18 kertas siasatan melibatkan pelanggaran SOP PKP 3.0.

“Lima daripadanya melibatkan golongan VIP dan artis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa melakukan siasatan secara menyeluruh, sekali gus menolak dakwaan wujudnya pilih kasih dalam penguatkuasaan.

“Sekiranya individu terbabit dipercayai telah melanggar undang-undang ditetapkan, tidak kiralah sama ada artis atau golongan VIP, siasatan akan tetap dijalankan.

“Dakwaan berlaku senario dauble-standard sama sekali tidak berlaku kerana kita menjalankan siasatan secara menyeluruh,” ujarnya.

Tambahnya, sehubungan itu pihaknya menyeru kepada orang ramai agar menyalurkan terus sebarang maklumat berkaitan perlanggaran SOP PKP melalui talian 06-2854156, hotline 06-2851999 atau WhatsApp di 012-2244999. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN