Kes Covid-19 di Afrika mencecah 4.58 juta - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 di Afrika mencecah 4.58 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADDIS ABABA: Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di Afrika telah mencapai 4,578,902 pada hari Selasa, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (CDC Afrika).

Agensi kesihatan khusus untuk Kesatuan Afrika itu memberitahu, jumlah kematian akibat wabak itu adalah 122,589, sementara 4,125,111 pesakit di seluruh benua itu telah pulih dari jangkitan tersebut.

Afrika Selatan, Maghribi, Tunisia, Ethiopia dan Mesir adalah antara negara dengan kes paling banyak di benua itu, menurut Afrika CDC.

Dari segi jumlah kes, Afrika Selatan adalah wilayah yang paling terjejas, diikuti oleh Afrika Utara dan wilayah Afrika Timur, sementara Afrika Tengah adalah wilayah yang paling sedikit terjejas di benua itu. – Xinhua

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya