Jupem sahkan Nilai 3 bukan di Selangor - Utusan Malaysia

Jupem sahkan Nilai 3 bukan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setelah tular kecoh diperdebat warganet, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) mengesahkan Nilai 3 terletak di Negeri Sembilan.

Pengesahan tersebut dimaklumkan agensi berkenaan menerusi hantaran kepada persoalan ‘panas’ yang dikemukakan pelbagai pihak dalam akaun sosial rasmi Facebooknya.

“Tuan, Nilai 3 berada dalam Negeri Sembilan dan bukannya di negeri Selangor. Harap maklum,” jawab ringkas pentadbir laman tersebut sebagai merujuk pertanyaan ramai netizen.

Sejak kelmarin, pengguna media sosial negara ini berang dengan langkah Jabatan Peguam Negara tidak mendakwa pasangan selebriti terkenal atas tuduhan sengaja merentas negeri.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman dipetik media sebagai berkata, kertas siasatan berkenaan sudah pun dirujuk kepada pejabat Peguam Negara di sini.

Jawapan itu mengundang reaksi marah warganet kerana jelas Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail sah merentas ke Negeri Sembilan dari Selangor.

Justeru, ramai netizen membuat jenaka selain berseloroh mengkritik Jabatan Peguam Negara sebagai ‘buta’ geografi atau tidak pernah tahu garis sempadan antara dua negeri berjiran itu.

Nilai 3 adalah bandar kecil di Daerah Seremban, Negeri Sembilan serta terkenal sebagai destinasi beli-belah produk tekstil, perabot dan permaidani yang dimajukan awal tahun 2000.

Ia terletak tidak jauh dari sempadan dengan negeri Selangor dan diuruskan oleh pihak Majlis Bandaraya Seremban disebabkan kedudukan geografinya masih dalam Daerah Seremban. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya