Janda, 4 lelaki ditahan pesta dadah dalam bilik hotel 

Janda, 4 lelaki ditahan pesta dadah dalam bilik hotel 

SEORANG janda dan empat lelaki ditahan polis selepas didapati sedang berpesta di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Keasyikan seorang janda dan empat lelaki sedang berpesta dadah di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Bagan Jermal, di sini awal pagi semalam terbantut selepas mereka diserbu polis. 

Wanita berusia 27 tahun itu ditahan bersama lelaki berusia di antara 21 hingga 28 tahun dalam operasi oleh sepasukan polis Seberang Perai Utara (SPU) kira-kira pukul 7 pagi. 

Ketua Polis(SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kesemua suspek itu yang berasal dari Teluk Air Tawar, Penaga dan Kepala Batas di sini didapati tiada pertalian darah. 

Tambahnya, mereka dilaporkan mendaftar masuk di hotel itu sejak Rabu lalu dan pemeriksaan di dalam bilik menemukan tiga paket plastik lutsinar dipercayai dadah. 

“Siasatan awal mendapati keempat-empat lelaki itu positif syabu manakala wanita yang bekerja kilang berkenaan negatif,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Noorzainy berkata, kesemua suspek juga masing-masing dikompaun RM1,500 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Tambahnya, kesemua suspek dibawa balik ke Ibu Pejabat polis Daerah SPU bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya