Ethereum catat nilai tertinggi, meningkat 340% - Utusan Malaysia

Ethereum catat nilai tertinggi, meningkat 340%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Mata wang kripto, ether mencatatkan nilai tertingginya semalam sebelum menjunam jatuh apabila pelabur mengutip keuntungan segera.

Sehari selepas melepasi nilai AS$3,000 (RM12,337.50) buat pertama kali, mata wang itu mencecah AS$3,457.64 (RM14,219.54) dalam bursa bitstamp sebelum menjunam enam peratus kepada AS$3,244 (RM13,340.95).

Ether merupakan token yang didagangkan dalam blok rantai ethereum.

Walaupun nilainya akhirnya menurun, ia masih merupakan peningkatan 340 peratus untuk tahun ini.

Peningkatannya adalah sebahagian daripada kesan limpahan perhatian pelabur terhadap bitcoin, yang mencatatkan peningkatan mendadak impak pelaburan daripada individu seperti Elon Musk dari Tesla dan Stanley Druckenmiller dari Wall Street.

Selain itu, ia turut didorong kegilaan spekulatif dalam pasaran kripto.

Mata wang jenaka, dogecoin meningkat 9,000 peratus tahun ini, meletakkan nilai token mereka yang diterbitkan sebanyak AS$54 bilion (RM222.07 bilion).

Beberapa token baharu juga meningkat nilai dan pembeli minggu ini memberikan perhatian kepada segelintir mata wang kecil baharu yang dipromosikan oleh bintang filem lucah.

Penganalisis IG Markets, Kyle Rodda mengaitkan situasi itu dengan kegilaan gelembung teknologi dua dekad lalu.

“Apa yang kita lihat sekarang ialah definisi lebihan spekulatif.

“Wang dicampak kepada apa-apa sahaja benda dalam ruang kripto,” katanya.

Dengan permodalan pasaran sebanyak AS$376 bilion (RM1.55 trilion), pedagang mengambil keuntungan dalam ether dengan lebih serius.

Mereka mendakwa ether kini sedang mengejar kenaikan dalam bitcoin.

Berbanding bitcoin, nilai ether telah meningkat lebih dua kali ganda tahun ini dan ia mencecah nilai tertingginya dalam tempoh lebih dua tahun setengah semalam.

Bitcoin yang meningkat nilai 90 peratus tahun ini jatuh kepada AS$55,625 (RM228,757.81). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.