Enam mangsa LRT kritikal - Utusan Malaysia

Enam mangsa LRT kritikal

PASUKAN penyelamat membawa mangsa keluar untuk mendapatkan rawatan susulan kemalangan dua LRT dari arah Gombak dan Kelana Jaya bertembung di Stesen LRT KLCC baru-baru ini. - UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enam penumpang yang terlibat dalam kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) malam tadi dilaporkan kritikal.

Difahamkan, tiga daripada mereka menggunakan alat bantuan pernafasan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam ciapan di laman Twitter.

Katanya, berdasarkan maklumat terkini HKL, 15 penumpang lagi berada dalam keadaan separa kritikal manakala 43 orang lagi tidak kritikal.

Terdahulu, sebanyak 65 mangsa kemalangan berhampiran Stesen LRT KLCC itu dibawa ke HKL.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua mangsa terlibat terdiri 36 wanita dan 29 lelaki.

“Sebanyak 36 mangsa berbangsa Melayu diikuti Cina (14 orang), India (lima orang), lain-lain bangsa (empat orang) dan warga asing (enam orang),” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya