Empat pelarian Syria mati kesejukan di kawasan pergunungan Lubnan -

Empat pelarian Syria mati kesejukan di kawasan pergunungan Lubnan

KANAK-KANAK di kem pelarian Syria di Lubnan menyaksikan persembahan oleh seorang lelaki. Sembilan daripada 10 pelarian Syria di Lubnan hidup dalam kemiskinan, ada yang mengambil keputusan untuk kembali ke negara asal mereka. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Empat pelarian Syria – dua wanita dan dua kanak-kanak – ditemui mati kesejukan pada hari Jumaat di kawasan pergunungan di timur Lubnan.

Mayat mereka ditemui di kawasan Ainata-Oyoun Orghosh di pegunungan Gunung Lubnan, tiga hari selepas mereka hilang, kata sumber pertahanan awam kepada AFP.

Mereka sedang berusaha untuk kembali ke Syria, tambahnya.

Sumber itu mengatakan bahawa keempat-empat warga Syria itu, termasuk seorang kanak-kanak berusia tujuh dan lapan tahun, menaiki sebuah kereta dalam ribut sebelum menyambung perjalanan dengan berjalan kaki.

Bashir Khodr, gabenor setempat, mengatakan di Twitter bahawa keempat-empat mereka “meninggal dunia akibat kedinginan”, walaupun operasi pencarian dilakukan pasukan keselamatan.

Seorang lelaki Lubnan yang pernah bersama mereka disoal siasat untuk menentukan apakah dia terlibat dalam penyeludup pelarian terbabit, kata Khodr.

Sejak bermulanya konflik di Syria pada tahun 2011, ratusan ribu warga Syria telah melintasi sempadan ke Lubnan, selalunya dengan bantuan penyeludup.

Mereka yang melintasi secara haram akan cuba mengelakkan pos sempadan rasmi untuk kembali ke Syria.

Lubnan menempatkan 1.5 juta rakyat Syria – hampir satu juta daripadanya didaftarkan sebagai pelarian di PBB.

Sembilan daripada sepuluh warga Syria di Lubnan hidup dalam kemiskinan yang melampau, kata PBB.

Pihak berkuasa Lubnan telah menekan rakyat Syria supaya kembali ke negara mereka walaupun kumpulan hak asasi manusia memberi amaran bahawa Syria belum selamat.

Pada Januari 2018, 17 pelarian Syria meninggal dunia akibat kesejukan ketika cuba melarikan diri ke Lubnan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN