Bill Gate tidak pernah merungut tentang isterinya - Utusan Malaysia

Bill Gate tidak pernah merungut tentang isterinya

Walaupun telah mengumumkan perceraian mereka, Bill dan Melinda akan terus bekerjasama melalui yayasan mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Walaupun Bill dan Melinda gate memilih untuk berpisah setelah 27 tahun berkahwin, seorang teman mereka mengatakan kedua-duanya akan selalu menjadi kawan baik.

“Rasanya tidak ada sebrang ketidaksamaan pada pasangan ini, walaupun dia (bill) yang memulakan Microsoft dan bukan dia (Melinda),” kata Mike Slade, rakan pasangan itu.

“Dia (Bill) menghargai segala sesuatu tentang diri Melinda daripada mengeluh tentangnya.

“Saya tidak pernah mendengar dia mengadu tentangnya (Melinda). Dia satu-satunya orang yang saya kenal di bumi ini yang tidak pernah merungut tentang isterinya,” tambah Slade.

Dalam episod pertama dari dokumentari Netflix 2019 Inside Bill’s Brain, Bill menyebut Melinda sebagai “benar-benar pasangan saya.”

Bagaimana pun pasangan itu mengumumkan penceraian mereka pada Isnin selepas 27 tahun bersama dan mempunyai tiga orang anak.

Pasangan itu mempunyai aset bersih bernilai AS$130 bilion dan Bill merupakan orang keempat terkaya di dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya