Kerajaan negeri didesak baiki segera kerosakan pagar penghalang 

Baiki segera kerosakan pagar penghalang 

ANDREW Teow Chin Siang menunjukkan pagar penghalang yang rosak di Lintang Paya Terubong 2, Pulau Pinang yang dibimbangi membahayakan orang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pemuda Parti Gerakan Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri memberi perhatian terhadap isu kerosakan pagar penghalang di tepi parit di Lintang Paya Terubong 2 dekat sini yang dibimbangi mengundang bahaya kepada orang ramai. 

Jurucakapnya, Andrew Teow Chin Siang berkata, kerajaan negeri perlu mendesak pihak yang bertanggungjawab menjalankan kerja penyelenggaraan secepat mungkin.

Katanya, pagar penghalang tepi parit di kawasan Paya Terubong itu telah lama rosak dan aduan sudah dibuat beberapa kali oleh penduduk setempat sejak lebih dua bulan lalu, namun tiada tindakan susulan diambil. 

Menurutnya, bahagian pagar penghalang yang patah itu mungkin akan mencederakan pejalan kaki, sekiranya mereka lalai ketika melalui laluan itu. 

“Selain memperbaiki pagar penghalang yang rosak, kerajaan negeri juga perlu menggantikannya dengan bahan yang kalis karat atau membina pagar batu atau simen untuk mengelakkan kemalangan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Dalam pada itu katanya, selain di Lintang Paya Terubong 2, pihaknya juga mendapati masalah sama berlaku di Jalan Thean Teik berhadapan pejabat pos Bandar Baru Farlim dekat sini. 

“Tahun lalu, berlaku kemalangan yang meragut nyawa seorang warga emas akibat terjatuh ke dalam longkang ketika melalui laluan tanpa pagar penghalang di tepi longkang. 

“Kami tidak mahu kemalangan seperti ini berulang dan berharap Ahli Parlimen dan Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan terbabit mengambil berat masalah pagar penghalang yang rosak ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya