Anak-anak Bill Gate hanya dapat AS$10 juta seorang - Utusan Malaysia

Anak-anak Bill Gate hanya dapat AS$10 juta seorang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas Bill dan Melinda Gate mengumumkan penceraian mereka ramai tertanya-tanya bagaimana pasangan yang antara terkaya di dunia itu dengan aset bersih bernilai AS$130 bilion akan mengagihkannya.

Bill yang merupakan orang keempat terkaya di dunia telah bercakap mengenai perkara ini termasuk setiap daripada tiga anaknya itu hanya akan mewarisi kira-kira AS$10 juta sahaja setiap seorang.

Ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa dia hanya akan meninggalkan tiga anaknya – Jennifer, Rory, dan Phoebe – masing-masing A$10 juta sahaja, Gates menjelaskan bahawa itu adalah untuk kepentingan mereka.

“Pada saya, meninggalkan anak-anak dengan sejumlah besar wang tidak akan membantu mereka,” katanya.

Dia dan Melinda mempunyai tiga orang anak dan menubuhkan Yayasan Bill and Melinda Gates pada tahun 2000 untuk menangani beberapa masalah global.

Pasangan ini telah menyumbangkan AS$45billion melalui yayasan tersebut sejak dari awal, termasuk $ 1.75 bilion untuk memerangi Covid-19.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya