Kes terus meningkat dengan catatan 9,020 kes positif, 98 kematian

9,020 kes positif, 98 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus mencipta rekod baharu kes positif Covid-19 yang tertinggi melepasi 9,000 kes iaitu 9,020 kes sekali gus mengatasi 5,527 kes sembuh manakala Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,836 kes.

Sebanyak kematian manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 76,218 kes berbanding semalam, 72,823 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 844 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 430 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor terus merekodkan kes positif tertinggi diikuti Kelantan (907), Negeri Sembilan (898), Kuala Lumpur (789), Sarawak (726), Kedah (468), Johor (468), Pulau Pinang (345), Melaka (340), Perak (272), Sabah (265), Labuan (253), Pahang (216) dan Terengganu (189).

“Hanya satu wilayah dan negeri sahaja yang merekodkan kes dua angka iaitu Putrajaya (29) dan Perlis (19),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN