Sarawak 'ratah' Projek FAM-MSN - Utusan Malaysia

Sarawak ‘ratah’ Projek FAM-MSN

UCHE Agba meledak empat gol buat Sarawak United.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sarawak United merampas takhta Liga Perdana daripada Negeri Sembilan apabila membelasah skuad Projek FAM-MSN 7-1 dalam saingan berat sebelah di Stadium Hang Jebat di sini, malam tadi.

Lebih manis pemain import mereka Uche Agba memahatkan nama sebagai pemain pertama meledakkan empat jaringan dalam satu perlawanan.

Empat jaringan yang dicipta oleh Agba pada minit ke-14, 16, 30 dan 60 manakala dua gol lagi dijaringkan oleh S. Chanturu pada minit ke-44 serta Abdul Rahim Razak pada minit ke-83 termasuk Tommy Mawat Bada minit ke-89.

Kemenangan bergaya buat Sarawak United membolehkan anak didik jurulatih, E. Elavarasan mengutip 16 mata, dua mata mengatasi Negeri Sembilan yang menduduki tempat kedua dengan 14 mata.

Buat skuad Projek FAM-MSN pula terus terjerumus di tangga terbawah Liga Perdana denganhanya mengutip satu mata hasil keputusan seri 2-2 menentang Kuching City, Rabu lalu.

Gol tunggal Projek FAM-MSN diperolehi menerusi sepakan penalti Azhad Harraz Arman pada minit ke-56.

Sarawak United memecah kebuntuan jaringan gol pada minit ke-14 apabila pemain Agba mudah menolak masuk menewaskan penjaga gol Projek FAM-MSN, Al Iman Wahiey.

Belum sempat anak didik jurulatih, Yusri Che Lah menarik nafas ekoran gol awal itu, mereka tersentak lagi dua minit selepas itu.

Sekali lagi Agba memahatkan nama sebagai penjaring kedua pada minit ke-16.

Segalanya tidak menjadi buat skuad Projek FAM-MSN dan tidak berupaya menyaingi pemain berpengalaman Sarawak United.

Pada minit ke-30, Agba mencipta jaringan hatrik melalui rembatan tidak diselamatkan Al Iman.

Seminit sebelum rehat, Chanturu mencipta jaringan keempat manakala anak didik Yusri mendapat gol pertama hasil sepakan penalti Azhad Harraz pada minit ke-56.

Agba sekali lagi memahatkan gol peribadi keempatnya pada minit ke-60.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya