Remaja perempuan tipu positif Covid-19 direman 3 hari

Remaja perempuan tipu positif Covid-19 direman tiga hari

REMAJA perempuan (kanan) direman tiga hari bagi membantu siasatan kes memalsukan laporan ujian Covid-19 di Mahkamah Majistret, Johor Bahru, Johor. - FOTO/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Remaja perempuan direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan memalsukan laporan ujian calitan Covid-19 bagi membolehkannya mendapat cuti.

Majistret Nur Izzaty Muhammad Zahari memerintahkan reman berkenaan terhadap suspek selepas ia dipohon di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.

Remaja berusia 19 tahun itu ditahan reman selama tiga hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420/468 Kanun Keseksaan.

Semalam, polis menahan seorang remaja yang mengaku positif Covid-19 hanya kerana tidak mahu meneruskan pekerjaan di sebuah restoran di Skudai.

Remaja itu ditahan pada pukul 1 tengah hari di Taman Mutiara Rini, di sini susulan laporan polis yang diterima daripada pemilik sebuah restoran di Skudai, kelmarin.

Laporan itu dibuat setelah pihaknya mendapat tahu remaja berkenaan memalsukan laporan keputusan ujian calitan Covid-19.

Pengadu menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada remaja itu dengan menghantar sekeping gambar surat mendakwa dirinya positif Covid-19.

Tindakan remaja itu mengakibatkan majikan lelaki berusia 32 tahun itu terpaksa menghentikan sementara operasi restoran dan ke klinik bersama 12 pekerjanya yang lain untuk membuat ujian calitan.

Bagaimanapun, keputusan ujian calitan mendapati semua pekerjanya termasuk majikan restoran terbabit negatif Covid-19.

Lelaki berkenaan kemudian bertanya kepada individu itu sebelum mengaku menipu majikannya disebabkan tidak mahu datang bekerja kerana merasakan diri tidak sesuai bekerja sebagai pelayan restoran selepas baharu sehari diterima bekerja di restoran terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya