Mara sasar bantu 1,500 penerima - Utusan Malaysia

Mara sasar bantu 1,500 penerima

Azizah Mohd Dun bergambar bersama sebahagian penerima sumbangan daripada golongan B40 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksmana, Jalan Peel pada Program Mara Prihatin Ramadan di PPR Laksmana, Jalan Peel di sini hari ini. – utusan/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan dapat membantu lebih 1,500 penerima daripada golongan B40 menerusi 50 program merangkumi pelbagai pengisian aktiviti yang bakal dilaksanakan di seluruh negara Ramadan ini.

Inisiatif di bawah program Mara Prihatin Ramadan (MPR) itu bertujuan meringankan beban golongan sasar termasuk anak yatim dan asnaf dengan sumbangan dari aspek pendidikan, khidmat masyarakat, peluang perniagaan serta sumbangan berbentuk keperluan asas atau harian.

Pengerusi Mara, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, program ini adalah kesinambungan daripada inisiatif Mara Prihatin bagi membantu rakyat khususnya golongan bumiputera yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.

Ujarnya, bantuan yang dihulurkan bukan sekadar dilaksanakan oleh warga majlis amanah itu malah komuniti Mara secara keseluruhan termasuk usahawan dan pelajar Mara.

“Menerusi program yang akan dijalankan di seluruh negara ini, kita akan memperluas kaedah bantuan antaranya bantuan barang persekolahan, khidmat gunting rambut dan program cat rumah percuma dan ziarah orang kelainan upaya (OKU).

“Selain itu, kita juga menawarkan pelbagai kursus kemahiran antaranya gubahan bunga untuk melahirkan usahawan dalam kalangan golongan B40. Kami berharap kursus yang diperkenalkan sedikit sebanyak dapat menarik minat mereka untuk berniaga sekali gus membantu mengubah nasib keluarga mereka,” katanya selepas merasmikan MPR di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana, di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Dalam majlis sama, beliau bagi pihak Mara menyerahkan bantuan BUDI berbentuk wang tunai dan pakaian sekolah kepada 20 pelajar daripada golongan B40 yang ditawarkan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun 2021 serta bantuan persekolahan yang ditaja oleh Yayasan Pelajaran Mara (YPM) kepada 100 pelajar daripada keluarga B40 di PPR tersebut.

Selain bantuan kepada pelajar, Mara turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada penduduk yang kurang berupaya dan mempunyai penyakit kronik bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

Program yang mendapat kerjasama daripada GiatMara itu juga menawarkan khidmat penukaran minyak enjin kepada 100 buah motosikal serta potong rambut secara percuma kepada 100 pelajar sekolah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya