Imigresen Sabah tahan 117 pendatang asing tanpa izin

Imigresen Sabah tahan 117 pendatang asing tanpa izin

SERAMAI 117 orang PATI warga Filipina dan Indonesia ditahan dalam operasi bersepadu menggempur PATI di kawasan setinggan Mangkalinau Batu 3 Sandakan, Sabah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Seramai 117 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dan Indonesia ditahan dalam operasi bersepadu menggempur PATI di kawasan setinggan Mangkalinau Batu 3 Sandakan, di sini semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah, Datuk Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, kesemua mereka ditahan dalam operasi yang dijalankan pada 1.10 pagi semalam.

“Daripada 680 orang warga asing yang diperiksa, 115 orang PATI warga Filipina dan dua warga Indonesia ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua mereka yang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah. Kesemua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Sandakan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan dekat sini hari ini.

Muhamad Sade berkata, operasi bersepadu itu dilaksana dengan kekuatan 213 orang pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi dan diketuai oleh Penolong Pengarah Imigresen, Hishamudin Badiyol Zuman dan Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen, Muhammad Isa Halsey.

Operasi ini disertai oleh pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), polis, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Menurutnya, operasi itu dilaksanakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap penempatan haram PATI. Dalam masa sama, JIM Sabah juga akan melaksanakan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang didapati menjadi dalang di sebalik kehadiran dan penempatan PATI di lokasi sasaran.

Dalam pada itu, JIM Sabah menyeru kerjasama orang ramai untuk terus memberikan sokongan kepada agensi penguatkuasaan untuk membenteras kehadiran dan penempatan haram PATI di negeri ini, khususnya di Sandakan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak terlibat atau melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti atau perbuatan yang ditakrifkan jenayah kerana melindungi PATI.

“JIM Sabah tidak akan berkompromi atas kesalahan yang berkaitan dan akan mengambil tindakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya