Imam mengaku bersalah pukul isteri didenda RM2,000

Imam pukul isteri didenda RM2,000

TERTUDUH bertemu dengan bekas isterinya yang juga mangsa selepas membayar denda di Mahkamah Temerloh di Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seorang imam didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memukul isterinya.

Tertuduh, Mhd. Khusni Selamat, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan juru bahasa di hadapan Majistret Tei Pei Si.

Pasangan itu difahamkan telah bercerai talak tiga selepas tertuduh melafazkan jatuh talak jika mangsa yang merupakan isteri kedua membuat laporan polis.

Menurut kertas pertuduhan pada pukul 7.30 malam 19 April lalu bertempat di sebuah Maahad Tahfiz di Felda Bukit Mendi di Bera, tertuduh didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Susulan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Rifah Izzati Abdul Mutalif meminta mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya ke atas tertuduh atas faktor kepentingan awam dan keseriusan kes.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudiannya membayar denda dan dibebaskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.