Empat pembuli jalan raya ditahan bawah pengaruh dadah

Empat pembuli jalan raya ditahan

TANGKAP layar menunjukkan seorang lelaki memecahkan cermin sebuah kenderaan dan dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dalam kejadian di Klang, Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan empat lelaki di bawah pengaruh dadah terlibat dalam kes buli jalan raya dengan memecahkan cermin sebuah kenderaan lain membawa padah apabila mereka ditahan di sekitar kawasan Klang Selatan semalam.

Tindakan pantas polis tidak sampai 12 jam itu berjaya menahan kesemua suspek berusia 23 hingga 35 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa berusia 25 tahun yang memandu bersama sepupunya merupakan seorang pelajar di Taman Sentosa di sini, kira-kira pukul 4.30 petang.

Menurutnya, bagaimanapun, secara tiba-tiba kenderaan mangsa telah dilanggar dari arah belakang oleh kereta dinaiki semua suspek.

“Suspek telah bertindak memecahkan cermin kereta, menarik mangsa keluar daripada kenderaan. Malah, suspek juga bertindak memukul mangsa dengan menggunakan kayu dan merampas sebuah telefon bimbit milik sepupu mangsa.

“Bertindak atas laporan, kita menahan kesemua suspek di dalam kawasan Klang Selatan bermula pukul 7 petang hingga 11 malam hari yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shamsul Amar, hasil siasatan mendapati, kesemua suspek yang tidak bekerja itu berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan. Kesemua suspek direman selama lima hari bermula hari ini,” ujarnya.

Terdahulu, tular dua video berdurasi 24 saat menunjukkan sekumpulan lelaki memarahi individu lain sebelum bertindak menendang dan memecahkan cermin kenderaan di tepi jalan raya.

Kejadian itu disaksikan oleh tiga lagi individu lain yang berada di dalam kenderaan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya