BNM ambil langkah berhati-hati - Utusan Malaysia

BNM ambil langkah berhati-hati

BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi dalam usaha mengekang kenaikan inflasi. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dilihat mengambil langkah berhati-hati dalam meletakkan unjuran terkini minimum enam peratus yang lebih rendah berbanding unjuran minimum ditentukan kerajaan dalam Belanjawan 2021, tahun lalu.

Tahun lalu, kerajaan mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) naik kepada 6.5 peratus hingga 7.5 peratus tahun ini selepas menyaksikan penguncupan 5.6 peratus tahun lalu.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, langkah berhati-hati yang diambil BNM adalah berikutan faktor ketidaktentuan situasi penularan Covid-19 yang melanda dunia.

Ujarnya, faktor terbesar yang akan membantu pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini adalah secepat mana negara kita memperolehi imuniti kelompok selain penurunan berterusan kes jangkitan positif Covid-19 setiap hari.

“Ini kerana, hanya dengan tercapainya imuniti kelompok atau kes jangkitan yang rendah akan membolehkan lebih banyak sektor dibenarkan beroperasi dengan penuh dan juga kawalan pergerakan dilonggarkan antara daerah dan negeri, dan seterusnya pergerakan antarabangsa.

“Saya melihat ini sebagai cabaran utama negara dalam mencapai unjuran ini. Untuk membolehkan unjuran ini lebih mudah dicapai, usaha berterusan dalam menjalankan kempen vaksinasi dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) harus diteruskan,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Selain itu jelasnya, kerajaan boleh menggembleng lebih banyak tenaga pekerja untuk membantu proses pengesanan kontak, pendaftaran dan vaksinasi dengan mengambil golongan penganggur untuk bekerja secara kontrak di bawah program MySTEP supaya barisan hadapan tidak teruk terbeban dengan dua tugas utama iaitu menangani kes jangkitan setiap hari dan menguruskan proses vaksinasi.

Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dalam sidang akhbar Laporan Tahunan BNM 2020 kelmarin memaklumkan, ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara enam peratus dan 7.5 peratus pada 2021 selepas mencatatkan penguncupan 5.6 peratus pada tahun lalu, dipacu oleh faktor luaran dan domestik.

Beliau berkata, pemulihan ekonomi tahun ini juga disokong oleh peningkatan dalam aktiviti pelaburan dan pengeluaran serta sokongan dasar.

Katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 memberi kesan kepada pertumbuhan pada suku pertama 2021, namun keadaan akan bertambah baik selepas suku kedua dan selanjutnya.

“Secara keseluruhan, aktiviti ekonomi akan disokong oleh faktor luaran dan domestik termasuk peningkatan permintaan luaran terutama daripada rakan dagang utama seperti China, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, normalisasi aktiviti ekonomi domestik susulan pelonggaran langkah kawalan pergerakan dan ekonomi dibuka secara beransur-ansur di tengah-tengah pelaksanaan program vaksin.

“Semua ini akan meningkatkan keadaan pasaran buruh dan pada masa sama sokongan dasar kekal untuk isi rumah dan firma,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.