Tabung Haji masih tunggu makluman rasmi tentang urusan haji tahun ini - Utusan Malaysia

Tabung Haji masih tunggu makluman rasmi tentang urusan haji tahun ini

TABUNG HAJI masih menunggu makluman rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berkenaan urusan haji tahun ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunggu makluman rasmi berkaitan urusan haji tahun ini daripada pihak berkuasa Arab Saudi.

Sehubungan itu, Pengarah Eksekutif TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilantik tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang iklan pakej-pakej haji sehingga kebenaran rasmi dikeluarkan.

Beliau turut mengingatkan mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh kelulusan TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

“Orang ramai diharap sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana Tabung Haji tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen dalam hal-hal berkaitan tawaran haji dan pakej haji,” ujarnya dalam kenyataan semalam.

Dalam perkembangan berkaitan. TH mengumumkan pelantikan 22 syarikat pelancongan tempatan termasuk anak syarikatnya, Tabung Haji Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS) untuk beroperasi sebagai PJH tahun ini.

Syed Saleh berkata, pelantikan 22 PJH ini adalah sebahagian daripada pelan persediaan awal haji yang dilakukan oleh TH.

Semua wakil PJH dilantik telah hadir pada majlis penyerahan pelantikan mereka dan diberikan taklimat berkaitan norma baru pelaksanaan ibadat haji pada musim pandemik Covid-19.

Senarai PJH yang menerima lesen daripada Tabung Haji boleh disemak di laman web rasmi http://www.tabunghaji.gov.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji (THCC) di talian 03-6207 1919.

 

Senarai agensi pelancongan yang dilesenkan sebagai Pengelola Jemaah Haji
——————
1. TH Travel & Services Sdn. Bhd.
2. Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
3. Alif Travel & tours Sdn. Bhd.
4. Al-Balad Travel & Tours Sdn. Bhd.
5. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn. Bhd.
6. Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd.
7. C.S Holidays Sdn. Bhd.
8. Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.
9. Eiman Travel & Tours Sdn. Bhd.
10. Gemilang Travel and Tours Sdn. Bhd.
11. JAD Travel & Tours (M) Sdn. Bhd.
12. Juara Travel & Tours Sdn. Bhd.
13. Masamas Travel & Tours Sdn. Bhd.
14. MIMM Travel & Tours Sdn. Bhd.
15. MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd.
16. Rayhar Travels Sdn. Bhd.
17. Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn. Bhd.
18. TM Tours & Travel Sdn. Bhd.
19. TRI-D Travel & Tours Sdn. Bhd.
20. UTAS Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn. Bhd.
21. Wira Saujana Travel & Tours Sdn. Bhd.
22. Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd.

-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×