Isu kalimah Allah: Semua pihak perlu bertenang

Isu kalimah Allah: Semua pihak perlu bertenang

HASSAN ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Semua pihak diminta untuk bertenang dan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi berhubung penggunaan kalimah Allah serta tidak melakukan sebarang provokasi atau kekecohan hingga menggugat keharmonian di negara ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, walaupun keputusan itu sudah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada Rabu lalu, namun mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

“Semua pihak perlu bersabar dan bertenang, masih ada peluang untuk membantah keputusan itu. Kita kenalah jaga keamanan negara kita.

“Tidak perlulah berarak atau berdemonstrasi dan beri peluang kepada mahkamah untuk membuat keputusan. Kita percaya hakim ada pertimbangan dan bukti membuat keputusan yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan pencemaran di Sungai Kim Kim, di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Jimmy Puah Wee Tse dan Ketua PKR Cabang Tebrau, Teoh Eng Yoon.

Pada Khamis lalu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Razlan Rafii memberitahu bahawa umat Islam sedia untuk turun ke jalan raya sekiranya kerajaan gagal bertindak berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Menurut Razlan, sehingga kini kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dilihat masih gagal mengambil tindakan drastik dengan mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah itu.

Mengulas lanjut isu tersebut, Hassan berkata, semua pihak tidak boleh mendahului atau membelakangkan keputusan mahkamah dengan bertindak melulu sebaliknya menggunakan saluran undang-undang sedia ada kerana masih ada dua peringkat untuk membuat rayuan.

Katanya, Sabah dan Sarawak mempunyai budaya serta tradisi berbeza dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan perkara itu perlu dihormati kerana sudah ada perjanjian semasa pembentukan Malaysia pada 1963.

“Semasa pembentukan Malaysia sudah dipersetujui untuk menghormati hak dan kepentingan kedua-dua negeri Malaysia Timur itu.

“Semua pihak harus mematuhi Perlembagaan dan mematuhi prinsip-prinsip Rukun Negara dalam memastikan kesejahteraan serta kedaulatan Malaysia terus dipelihara dan tidak diganggu gugat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya