Isu ADUN lantikan Johor: Kor Ming jangan hipokrit, bermuka-muka

Isu ADUN lantikan Johor: Kor Ming jangan hipokrit, bermuka-muka

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mendakwa kenyataan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berhubung cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan di Johor bersifat tidak konsisten dan hipokrit.

Beliau berkata, pendirian Ahli Parlimen Teluk Intan itu turut dilihat mempunyai kaitan dengan kepentingan politik menjelang pilihan raya.

“Saya nak tanya, sekarang tak setuju sebab apa? Tapi sebelum ini ADUN lantikan Pakatan Harapan (PH) di Pahang setuju, terima pula.

“ADUN lantikan PH di Sabah pun setuju, terima walaupun DAP kosong (kerusi) di Sabah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Kor Ming mendakwa keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) berhubung cadangan mewujudkan lima jawatan ADUN lantikan pada Khamis lalu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, PH akan mengadakan kempen mengutip tandatangan rakyat Johor dalam masa terdekat bagi membantah perkara tersebut.

Dalam pada itu, Muhamad Akmal meminta rakyat menilai sendiri sikap pemimpin berkenaan yang menurutnya menerima sesuatu perkara di satu tempat tetapi menolak perkara sama di lokasi lain.

“Jadi kepada Nga Kor Ming, janganlah hipokrit, janganlah bermuka-muka.

“Dekat kamu terima, boleh. Dekat lain tak boleh. Jadi, rakyat Malaysia, fahamlah. Ini sebenarnya perangai Nga Kor Ming,” katanya. – UTUSANa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN