Imigresen Melaka periksa 145 warga asing, 16 ditahan

Imigresen Melaka periksa 145 warga asing, 16 ditahan

Masalah kebanjiran warga asing di negara ini boleh diibarat Malaysia seperti negara migran. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tindakan berani sekumpulan pendatang tanpa izin (PATI) ‘bermastautin’ di dua kawasan setinggan berjaya dihidu pihak berkuasa apabila kesemua 16 mereka dicekup dalam serbuan bersepadu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka, malam tadi.

Dalam serbuan pada pukul 12 tengah malam itu, seramai 145 warga asing termasuk 32 wanita dan 28 kanak- kanak diperiksa bagi proses dokumentasi.

Bagaimanapun, hanya 16 yang ditahan  termasuk enam wanita berusia antara 25 hingga 45 tahun selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan dibawah Akta Imigresen.

Timbalan Pengarah Imigresen Melaka, K. Vishnutharan berkata, serbuan itu merupakan hasil maklumat orang awam berkaitan kebanjiran warga asing di Semabok, di sini. 

“Bertindak atas laporan dan risikan dibuat, seramai 118 penguat kuasa bersama-sama pelbagai agensi termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyerbu dua kawasan setinggan di Jalan Pulau Senang dan Jalan Bunga Raya, Semabok.

“Hasil serbuan, seramai 145 warga asing telah diperiksa bagi proses dokumentasi, namun hanya 16 PATI ditahan termasuk enam wanita berusia kerana telah melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelasnya, antara kesalahan yang dikesan adalah tiada sebarang dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa di negara ini, memiliki suatu dokumen atau pas yang disyaki palsu dan lain-lain kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63. 

Vishnutharan berkata, baki 129 yang lain bagaimanapun dibebaskan kerana merupakan warga asing pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Ujarnya, dalam serbuan itu terdapat premis yang terpaksa dipecahkan dan cubaan melarikan diri, namun berjaya ditangkap pihak berkuasa. 

“Penempatan warga asing ini wujud sejak beberapa tahun yang lalu dipercayai disewakan oleh rakyat tempatan dengan kadar bayaran RM250 hingga RM300 sebulan untuk setiap unit kediaman.

“Kesemua 16 PAT dibawa ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) bagi menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum di hantar ke Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya