Askar tahan 5 lelaki warga Thailand, rampas 355.5 kg daun ketum

Askar tahan 5 lelaki warga Thailand, rampas 355.5 kg daun ketum

SEBANYAK 11 guni putih mengandungi daun ketum yang cuba diseludup keluar oleh lima lelaki warganegara Thailand berhampiran sempadan negara dekat Padang Terap, Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Lima lelaki warganegara Thailand diberkas sepasukan tentera ketika cuba menyeludup keluar sebanyak 355.5 kilogram (kg) daun ketum ke negara mereka berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat sini, Jumaat lalu.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, tangkapan tersebut berlaku di sektor Operasi Benteng (Op Benteng) iaitu di kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

Menurutnya, pada pukul 4.45 petang, anggota bertugas terlebih dahulu melihat kelibat beberapa individu sedang berjalan di laluan permatang pada jarak kira-kira 150 meter dari lokasi pasukan serang dan tangkap (Serkap).

“Hasil pemerhatian lanjut mendapati berlaku aktiviti mencurigakan di laluan permatang tersebut pada pukul 10 malam sebelum serbuan dilakukan setengah jam kemudian.

“Dalam serbuan awal, tiga lelaki Thailand ditahan dan hasil penjejakan, Pasukan Penjejak Tempur (CTT) menahan dua lagi yang bersembunyi kira-kira 30 meter dari lokasi serbuan,” katanya.

Katanya, kesemua daun ketum itu diletakkan di dalam 11 guni yang dibawa lima lelaki berkenaan.

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM10,681 melibatkan daun ketum dan wang tunai Thailand berjumlah 120 baht (RM16),” ujarnya.

Tambahnya, kesemua yang ditahan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya