Tipu peralatan ragbi, pensyarah didenda RM36,000

Tipu peralatan ragbi, pensyarah didenda RM36,000

MOHD. Shafie Osman (kanan) didenda RM36,000 oleh Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berjumlah RM59,320.70. - FOTO/DIAYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pensyarah Politeknik Merlimau didenda RM36,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berjumlah RM59,320.70 bagi pembelian keperluan pasukan ragbi pelajar di institusi itu sejak 2016. 

Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Shafie Osman, 40, sebaik sahaja tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan curangnya telah menggunakan dokumen palsu sebut harga dari Syarikat Ak Maju Resources masing-masing pada 19 Oktober 2016, 23 Januari 2017 dan 7 Ogos 2017. 

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama. 

Mengikut fakta kes, dalam tempoh tersebut, tertuduh dengan curangnya telah menggunakan dokumen palsu Syarikat Ak Maju Resources dengan mengemukakan sebut harga masing-masing berjumlah 19,750.72 pada 19 Oktober 2016, RM19,810.24 (23 Januari 2017) dan RM19,759.74 (7 Ogos 2017). 

Pemilik syarikat, Noor Azam Khalid menyatakan, beliau diarahkan tertuduh untuk menunjukkan contoh format sebut harga syarikatnya, namun mengesahkan tidak pernah mengeluarkan sebarang sebut harga serta membekalkan item-item yang dinyatakan di dalam dokumen itu. 

Noor Azam juga mengesahkan, terdapat kemasukan transaksi pembayaran berjumlah keseluruhan RM59,320.70 dan telah membuat pengeluaran menggunakan cek sebelum menyerahkan wang tersebut kepada tertuduh, seperti yang diarahkannya. 

Peguam Rosli Kamaruddin yang mewakili tertuduh merayu agar hukuman ringan dapat diberikan dengan alasan anak guamnya merupakan seorang pensyarah berdedikasi dan banyak memberikan sumbangan kepada pasukan ragbi institusi pengajian tersebut sehingga mampu bertanding ke peringkat antarabangsa. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), R. Francine Cherly, bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat. 

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM12,000 bagi setiap pertuduhan atau penjara enam bulan jika gagal bayar. 

Tertuduh kemudian membayar denda tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya