City lakar rekod 20 kemenangan berturut-turut - Utusan Malaysia

City lakar rekod 20 kemenangan berturut-turut

JOHN Stones meraikan jaringan bersama rakan-rakan sepasukan ketika membantu Manchester City menumpaskan West Ham 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester City terlalu sukar disekat apabila memecah rekod melakar 20 kemenangan berturut-turut selepas menumpaskan West Ham 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Anak-anak buah Pep Guardiola bagaimanapun dipaksa berhempas pulas sebelum menumpaskan West Ham, berterima kasih kepada gol kemenangan John Stones pada minit ke-68.

Ruben Dias sebelum itu meletakkan City di depan pada minit ke-30, namun Michail Antonio menyamakan kedudukan, dua minit sebelum tamat babak pertama.

Kemenangan itu membolehkan skuad The Citizens melebarkan kedudukan pendahulu liga kepada 13 mata di depan pasukan tangga kedua, Manchester United, sekali gus kian hampir untuk dinobat sebagai juara buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun.

West Ham pula akan kehilangan kedudukan keempat jika Chelsea mengalahkan United di Stamford Bridge esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya