Seramai 26 penagih dadah dicekup di tengah sawah 

26 penagih dadah dicekup di tengah sawah 

SERAMAI 26 lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penagihan dadah semasa serbuan di kawasan sawah padi di Permatang Tok Jaya, Butterworth, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seramai 26 lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti penagihan dadah ditahan polis dalam serbuan di sarang penagihan dadah di kawasan sawah padi di Permatang Tok Jaya, Pekan Darat, di sini semalam. 

Kesemua mereka yang berusia antara 23 hingga 50 tahun itu ditahan dalam operasi oleh sekumpulan anggota polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) selama kira-kira 12 jam bermula pukul 10 pagi. 

Menurut Ketua Polis SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, lokasi itu diserbu selepas risikan pihaknya mendapati ia merupakan tempat penjualan dadah secara terang-terangan dalam kalangan penagih dadah. 

Ujar beliau, kesemua individu itu ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk positif dadah, memiliki dan mengedar dadah. 

“Polis turut merampas sebanyak 19.9 gram (g) dadah disyaki heroin dan 0.8 g syabu bernilai kira-kira RM1,075 dalam operasi tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata, pihaknya menahan kesemua suspek bagi siasatan lanjut termasuk 10 individu diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983. 

Jelas beliau, kes tersebut turut disiasat mengikut Seksyen 39 A(2), Seksyen 39 A(1), Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya