PRU-15 sekarang? Jangan pentingkan diri - KJ - Utusan Malaysia

PRU-15 sekarang? Jangan pentingkan diri – KJ

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak boleh menerima desakan beberapa ahli partinya untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan segera.

Beliau selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersetuju dengan kenyataan salah seorang pengguna di Twitter yang menganggap pilihan raya umum akan menyukarkan lagi keadaan kerana Malaysia belum memperoleh vaksin Covid-19 ketika ini.

Khairy turut bersetuju sekiranya rakyat mendapat suntikan vaksin terlebih dahulu sebelum mengadakan PRU-15 bagi mengelakkan daripada peningkatan kes Covid-19 pad masa akan datang.

“Mereka yang mendesak pilihan raya umum diadakan sebelum pandemik berada dalam keadaan terkawal adalah tidak bertanggungjawab.

“Saya tahu antara yang minta PRU segera adalah mereka dari parti saya sendiri. Jangan pentingkan diri,” katanya.

Beliau mengulas demikian selepas 189 daripada 191 bahagian akar umbi UMNO mendesak pucuk pimpinan parti supaya menolak kerjasama dengan Bersatu.

Malah, akar umbi UMNO turut mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Perkara ini turut dizahirkan oleh Pengerusi UMNO Bahagian Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakob yang mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Tindakan itu diambil selepas beliau memberi kata dua kepada kerajaan PN agar segera membubarkan Parlimen atau dia akan melepaskan jawatan dalam kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya